Sunday, 8 July 2012

SELAMAT DATANG !
                                              SAINS & TEKNOLOGI
NOTA SAYA

Year 4.01 Living Things Have Basic Needs


4.01.1

 

Basic Needs of Humans and Animals

  

Keperluan Asas Manusia Dan Haiwan

  1. All living things have basic needs to stay alive.
    Semua hidupan mempunyai keperluan asas untuk terus hidup.
  2. The basic needs of humans and animals are almost the same, as shown in the chart below.
    Keperluan asas bagi manusia dan haiwan adalah hampir sama seperti yang ditunjukkan pada carta di bawah.

  3. Basic needs of humans and animals
    Keperluan asas manusia dan haiwan
    Food
    Makanan
     
    Water
    Air
     
    Air
    Udara
     
    Shelter
    Tempat
    perlindungan

  4. Humans and animals need food for...
    Manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk...
    1. growth and to stay healthy.
      pertumbuhan dan kekal sihat.
    2. energy to carry out many kinds of activities.
      tenaga bagi melakukan pelbagai aktiviti.
    3. producing heat to keep their bodies warm.
      menghasilkan haba untuk memanaskan badan.
  5. Humans and animals need water to...
    Manusia dan haiwan memerlukan air untuk:
    1. maintain their body temperatures.
      mengekalkan suhu tubuh.
    2. transport nutrients through their bodies.
      mengangkut nutrien ke seluruh tubuh.
    3. carry waste products out of their bodies.
      mengeluarkan hasil buangan dari tubuh.
    4. help in blood circulation.
      membantu peredaran darah.
  6. Humans and animals need air for breathing.
    Manusia dan haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
  7. Oxygen from the air is needed by humans and animals to generate energy.
    Oksigen dari udara diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk menjanakan tenaga.
  8. Humans and animals will die if they do not get sufficient food, water and air.
    Manusia dan haiwan akan mati jika tidak mendapat makanan, air dan udara yang mencukupi.
  9. Humans and animals need shelter to protect them from danger, the sun and rain. 
    Manusia dan haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, sinaran Matahari, dan hujan.
  10. Humans live in houses as shelter. There are different types of shelters.
    Manusia tinggal di dalam rumah sebagai tempat perlindungan. Terdapat pelbagai jenis tempat perlindungan.

  11. longhouse
    rumah panjang
    hut
    pondok
    bungalow
    banglo
    terrace house
    rumah teres
    flat
    flat

  12. Different animals have different types of shelter.
    Haiwan mempunyai tempat perlindungan yang berbeza-beza.

  13. bird
    burung
    bees
    lebah
    bears
    beruang
    bats
    kelawar
    Animals that live in nests
    Haiwan yang tinggal di dalam sarang

    Animals that live in caves
    Haiwan yang tinggal di dalam gua

    rabbit
    arnab
    earthworm
    cacing tanah
    squirrel
    tupai
    woodpecker
    burung belatuk
    Animals that live in holes in the ground
    Haiwan yang tinggal di dalam lubang dalam tanah

    Animals that live in holes in tree trunks
    Haiwan yang tinggal di dalam lubang pada batang pokok

    fish
    ikan
    crab
    ketam
    Animals that live in coral reefs
    Haiwan yang tinggal di terumbu karang


4.01.2

 

Basic Needs of Plants

  

Keperluan Asas Manusia Dan Haiwan

  1. The basic needs of plants are water, air and sunlight.
    Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara, dan cahaya matahari.
  2. Plants need water, air and sunlight for making food.
    Tumbuhan memerlukan air, udara, dan cahaya matahari untuk membuat makanan.
  3. Green plants make their own food by a process called photosynthesis.
    Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses yang disebut fotosintesis.
  4. Plants also need water to transport food and nutrients.
    Tumbuhan juga memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien.
  5. Plants need air for respiration and making food.
    Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan.
  6. Plants need oxygen from the air for respiration.
    Tumbuhan mengambil oksigen daripada udara untuk bernafas.
  7. Plants need carbon dioxide from the air for making food.
    Tumbuhan mengambil karbon dioksida daripada udara untuk membuat makanan.
  8. Plants obtain energy from sunlight.
    Tumbuhan mendapat tenaga daripada cahaya matahari.
  9. Green plants absorb sunlight through their leaves to make food.
    Tumbuhan menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya untuk membuat makanan.